400 pendatang keluar Sabah Media Filipina

Harakahdaily, 11 Mac 2013

(Petikan laporan portal berita Philippine Daily Inquirer)

KUALA LUMPUR: Media Filipina melaporkan 400 pendatang di Sabah telah melarikan diri menuju ke parairan Filipina namun kini terkandas di Pulau Penyu (Taganak Island).

Laman Philippine Daily Inquirer menyebut, mereka adalah antara yang melarikan diri selepas pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi memburu saki-baki penceroboh dan menahan ramai pendatang asing sejak 8 Mac lalu.

Portal itu turut memetik sumber Tentera Laut Filipina semalam bahawa 400 pelarian telah terkandas di  Pulau Penyu sejak malam Sabtu dan menunggu untuk diselamatkan.

Kapten Tentera Laut Rene Yongque, Komander Tentera Laut Pasukan Petugas 62, dipetik sebagai berkata, semua pelarian adalah dari Sandakan, mencapai perairan Filipina jam 7 petang Sabtu lalu dengan menaiki bot kayu.

Yongque juga dilapor berkata kapal tentera laut Sultan Kudarat telah dihantar untuk menyelamatkan pelarian tersebut.

Sementara itu di Malaysia, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang media pagi tadi berkata, tumpuan operasi pasukan keselamatan kini adalah di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Dalam perkembangan terbaru juga, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Mayat-mayat tersebut adalah yang ditembak mati selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh bermula 8 Mac lalu.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Menjawab soalan pemberita, Hamza turut menegaskan pihak keselamatan sedang berusaha untut menamatkan operasi ini secepat mungkin.

"Kita ada timeline. Takkan nak tunggu berkampung di sini sampai hujung tahun ini. Tapi timeline itu kita tak boleh bagitahu la," katanya.

Taufan Haiyan menyebabkan mayat keluar dari kubur

 
HERNANI - Tak hanya membunuh ribuan orang, taufan Haiyan juga membuat sejumlah orang mati keluar dari dalam kubur mereka.
Menurut pemberitaan Asiaone.com, Selasa (19/11/2013), sejumlah makam di wilayah Hernani, timur Filipina terbongkar, dan mayat yang terbaring di dalamnya keluar ke atas permukaan tanah akibat sapuan angin dan banjir bandang.

Akibatnya tulang belulang, dan mayat manusia yang sudah tak berbentuk berserakan di pinggir jalan dekat makam.
"Sejumlah mayat keluar dari kuburan mereka, yang lainnya berserakan di jalan," ujar Claire Gregorio, seorang pekerja sosial dari dari Keuskupan Katolik Borongan.
Kondisi makam porak-poranda, kebanyakan makam yang menggunakan bebatuan marmer dan beton, hancur dan terbongkar, seperti baru saja dihantam alat berat.
Beberapa tengkorak berbaring di atas makam dan tulang paha mereka berada di atas tanah.

Romeo Vazquez (45), seorang saksi mata yang melihat bagaimana air menerjang pemakaman itu, mengatakan, air naik dengan cepat, dan langsung menggenangi area pemakaman.
"Daerah ini seperti laut ketika itu, lima jam lamanya," katanya.
"Terdapat sejumlah rumah mengapung, juga orang-orang, baik yang mati maupun yang masih hidup," lanjutnya.

Taufan Haiyan merupakan taufan terkuat yang pernah tercatat, menerjang Filipina di hari Jumaat dua minggu lalu.
Lebih dari seminggu kemudian, mangsa yang meninggal akibat terjangan taufan mencapai 3,976, sementara taufan juga melenyapkan 1 600 orang.
Taufan juga menyebabkan seramai empat juta penduduk Filipina hilang rumah. (asiaone.com)

TRIBUNNEWS.COM