Ini Dia Ciri ciri Orang Beriman Dalam Islam


Assalamualaikum Sahabat Voa Islam, ada enam ciri orang beriman dalam surat At Taubah ayat 71, apakah itu?


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma´ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( Attaubah : 71 )

6 Ciri Orang Beriman dalam Ayat tersebut :
1. Saling Tolong Menolong sesama mukmin
2. Menyuruh untuk berbuat kebajikan
3. Mencegah dari perbuatan munkar
4. Mendirikan sholat
5. Menunaikan zakat
6. Taat sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya

Penulis: Ustadz Farid Ahmad Oqbah Ma

source

Restoran Dalam Sungai Di Chongqing China

Restoran

Anda mahu merasa pengalaman makan di dalam sungai. Kita mungkin biasa melakukan perkara itu apabila berkelah dengan keluarga di air terjun ataupun kawasan jeram.
Sebuah restoran di Chongqing di Selatan China memang unik kerana namanya pun Kafe Sungai. Pengusaha restoran ini memiliki idea yang kreatif dalam menarik pelanggan dengan meletakkan meja makan di dalam air.
RestoranSungai03
Ia membolehkan para pelanggannya makan sambil menikmati bunyi aliran sungai dan juga merendamkan kaki di dalam air sungai yang nyaman.
Biasanya di sana, suhu ketika musim panas boleh mencecah 40 darjah celsius menyebabkan ramai warga China mencari cara baru dalam memastikan mereka sentiasa sejuk.
Kafe Sungai Chongqing menjemput warga tempatan dan pelancong untuk menanggalkan kasut mereka untuk makan di meja di dalam sungai di bawah pohon yang rendang.
Sudahlah air sungai itu kelihatan tidak bersih, dengan botol minuman hanyut dari entah di mana. Tetapi ia tetap mampu menarik pelanggan dek kerana tahap kepanasan melampau akibat musim panas.
Rupa restoran Chongqing ini menyerupai sebuah restoran air terjun di Filipina iaitu Vila Escudero. – mynewshub.my
Sumber rujukan : odditycentral
OLEH : IBNU K

DAP Dalam Nada Sinis Dan Menghina Cabar Tanda Putera Bertanding Festival Filem


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut mencabar Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Perbadanan Filem Nasional (Finas) mencalonkan filem itu dalam festival filem antarabangsa.

Lim Lip Eng membayangkan tiada mana-mana juri perfileman bertaraf antarabangsa akan memberi sebarang undi kepada filem itu untuk memperoleh sebarang anugerah.

“Saya cabar Finas dan Shuhaimi untuk mencalonkan filem Tanda Putera dalam mana-mana festival filem antarabangsa.

“Kita mahu lihat sekiranya ada juri asing yang akan beri undi kepada filem Tanda Putera untuk memenangi sebarang anugerah,” dakwanya melalui satu kenyataan media.

Lip Eng seterusnya mendakwa, filem Tanda Putera menelan kos pembayar cukai sebanyak RM4.8 juta berdasarkan fakta sejarah.

Justeru, dakwanya, filem tersebut perlu tepat dan sebarang peristiwa yang tidak berlaku tidak boleh diketengahkan dalam filem berkenaan.

Dakwanya, Shuhaimi tidak boleh menggunakan ‘lesen kreatif’ sebagai alasan untuk memasukkan adegan khayalan ke dalam jalan cerita berkenaan kerana ini sebuah filem sejarah dan bukan genre fantasi.

Sehubungan itu beliau mengulangi gesaan supaya filem itu dicalonkan dalam mana-mana festival filem antarabangsa untuk melihat sama ada filem berkenaan boleh membanggakan negara.