Kanak kanak 12 tahun dirogol bapa saudara

sinarharian
7 Februari 2013
BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi mangsa kerakusan bapa saudaranya sendiri apabila dirogol di rumahnya di Tronoh dekat sini, sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya, yang menghidap barah usus dan lima adik-beradik yang lain, di rumah berkenaan.

Menurutnya, bapa saudara mangsa yang berusia 52 tahun itu juga tinggal bersama keluarga terbabit di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.

Lagi Kanak Kanak Dirogol Di India


Lagi Kanak Kanak Dirogol Di India
Lagi Kanak-Kanak Dirogol Di India - MUMBAI : Selepas seminggu melakukan operasi pencarian, polis India akhirnya menjumpai mayat tiga beradik berusia antara enam dan 11 tahun di barat India.
Polis penguasa Aarti Singh berkata, tiga kanakkanak itu disahkan menjadi mangsa rogol dan bunuh sebelum mayat mereka dibuang ke sebuah kampung di Bhandara Maharashtra.
“Empat lelaki ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.
Ahli keluarga mangsa memberitahu, kanak-kanak itu keluar dari rumah bertujuan untuk mencari ibu mereka yang tidak pulang ke rumah semalaman. – AFP