Remy Ishak Maya Karin Bercuti Ke Sabah


Remy Ishak & Maya Karin

Walaupun hanya terdapat dua keping gambar di Instagram yang memaparkan foto di antara pelakon, Remy Ishak dan penyanyi juga pengacara, Maya Karin, namun ia sudah cukup membuatkan peminat gembira.
Mereka menganggap itu adalah perkembangan positif buat pelakon filem Sejoli ini.
Gambar berkenaan diambil semasa mereka bercuti ke Sabah.
Gambar pertama dari Remy Ishak menunjukkan pasangan ini berada dalam kenderaan untuk perjalanan sejauh 7 jam dari Kota Kinabalu, Sabah ke kawasan hutan simpan Imbak Canyon.
Gambar kedua pula menunjukkan mereka sudah tiba di Imbak Canyon dan kali ini dia bersama Maya Karin sedang menikmati makan malam.
Tidak tahulah sama ada ia percutian berdua atau beramai-ramai bersama rombongan lain.
Mana tahu mereka kan baru saja habis pengambaran Sejoli, jadi mungkin mahu bercuti. [sumber]
Remy Ishak & Maya Karin 1

Posting Komentar